Demi menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri, Amra bertemu kembali dengan musuh sejatinya, Ketua Detektif Diraja Aqtar – Damien Qaid. Dari mula detik pertemuan itu, mereka sentiasa bercakaran. Amra tak sesekali mahu mengalah. Damien pula sengaja mahu Amra kalah.“Aku percaya, satu hari nanti kau akan tikam belakang aku.” – Damien“Aku takkan tikam belakang kau, D. Aku akan tikam kau depan-depan.” – AmraDalam menjejak motif dan identiti pembunuh, misteri demi misteri yang berangkai mula terungkap. Rahsia yang selama ini tenggelam dalam lipatan memori kini memanipulasi kewarasan.“Usaha kita selama ni sia-sia, Amra.” – DamienSaat kebenaran terbongkar, Amra dan Damien terpaksa memilih antara dua jalan yang menuntut pengorbanan teramat memeritkan. Dua jalan yang akhirnya memisahkan mereka.“Kalau semua ni terlalu berat untuk kau, tinggalkan aku.” – AmraDalam ketidakpastian, dapatkah Amra dan Damien membuat sebaik-baik pilihan? Sedangmaut dan derita menanti di hujungnya. Lalu, apakah jalan yang dipilih itu akan dapat menyatukan mereka kembali?***EFFALEE memang pandai bercerita. Cerita dia pandai mempermainkan perasaan kita.Perasaan kita pula pandai-pandai aje buat kita rasa macam-macam. Lain macam sungguh! – Pingu Toha, Editor